Sunday, January 8, 2012

Tahun 2012 Azam Baru

Dear Blog..
Rasa baru semalam je aku di Sabah ni..tetapi sudah masuk tahun ketiga tahun ni..moga perjalanan hidupku dan suami dipermudahkan..Insya-Allah tahun ini , kami bakal menerima permata hati kami yang pertama..moga selamat segalanya nnt..Amin

Wednesday, September 28, 2011

Setahun 8 bulan

Hampir 1 tahun 8 bulan..ku bermastautin di negeri di bawah bayu ini..banyak perubahan yang kualami...dulu sorang kini sudah berdua...kini tinggal bersama suami tersayang di negeri ini..moga kami tabah menempuh segala dugaan di bumi ini..Amin.

Sunday, January 31, 2010

Rumah Sewa di Taman KDC

Aku sampai di sabah pada 26hb Jan 2010 dan skrg sudah masuk hari ke-5 di Kota Marudu. Aku melaporkan diri di PPD Kota Marudu pada jam 8.00 a.m dan diberi serba sedikit taklimat oleh ketua PPD Kota Marudu. Kemudian wakil sekolah iaitu PK SMK Tandek datang menjemput aku ke SMK Tandek. Perjalanan lebih kurang 10 minit untuk sampai ke sekolah tersebut. Di sepanjang perjalanan kulihat banyak pokok kelapa ditanam. Mungkin itu pendapatan orang di sini.

Kehidupanku bermula di Sabah..

Kini aku seorang perantau di Kota Marudu di negeri Sabah di bawah bayu. Penerbangan aku dari Kuala Lumpur pada pukul 12.00 p.m dan tiba di Kota Kinabalu jam 2.35. Kami disambut oleh wakil-wakil dari JPN Sabah dan daerah penempatan masing-masing. Tetapi wakil Kota Marudu datang pada pukul 4.30 p.m.
Nasib baik datang kalo x datang x tau la..Puan Jamnah, pegawai PPD Kota Marudu seorg yg amat baik dan begitu peramah. Kami berhenti makan di Tuaran dan meneruskan perjalanan. Pertama kali sampai di Kota Kinabalu, aku lihat keadaan membangun juga dengan lautan biru terbentang luas. Lebih kurang cam bandar KL..
Lepas tu teruskan perjalanan ke Kota Marudu. Oleh kerana, kami tiba lewat di Kota Marudu, yg hanya boleh kulihat kegelapan mlm kerana di sepanjang jalan tiada lampu jalan dan jalannya juga agak mencabar. Tetapi itu hanya di pertengahan jalan sahaja. /////
tiba di Kota Marudu, pergi ke PPD nk tgk ade org atau tidak..tapi mmg tidak ade org sbb jam dlm kul 9.00 p.m lebih kurang la. Pergi ke Taman T&G phase 2, kami ditumpangkan bermlm di sebuah rumah cikgu smk langkon. Kak Lily name tuan rumah tue..seorg yg baik hati n peramah jgk. Thanks akak tumpgkan kami semlman..

Friday, January 15, 2010

Lagu Kebesaran Negeri Sabah

SABAH TANAH AIRKU
NEGERI KITA YANG TERCINTA
PEMUDA,PEMUDI SEMUA MARILAH
BANGUNLAH BERSATU SEMUA
MARILAH BERSAMA SERTA MAJU JAYA
MERDEKA SEPANJANG MASA
BERSATU SEGALA BANGSA SENTOSA
SABAH NEGERI MERDEKA

Kenali Penduduk Sabah

Dari http://www.sabah.org.my/bm/kenali_sabah/penduduk_sabah.asp

PENDUDUK SABAH

Penduduk Sabah adalah terdiri dari berbagai-bagai kaum dengan latar belakang kebudayaan masing-masing. Penduduk aslinya terdiri daripada sekurang-kurangnya 30 kumpulan dengan menggunakan lebih dari 50 bahasa dan tidak kurang dari 90 dialek.

Kaum Kadazandusun

Kumpulan etnik yang terbesar adalah kaum Kadazandusun yang merupakan satu pertiga dari jumlah penduduk Sabah. Mereka adalah petani secara tradisi yang menanam padi sawah dan huma dan sesetengah dari mereka memburu serta menangkap ikan sungai. Berbagai-bagai kumpulan kecil dalam kumpulan Kadazandusun merangkumi kaum Kadazan di Penampang dan Papar, Lotud, Rungus dan kumpulan kecil yang lain di Tempasuk, Tambunan, Ranau dan daerah-daerah lain dengan sistem kepercayaan yang sama dengan beberapa variasi dari segi adat dan amalan. Kesemua etnik kecil ini menggunakan Bahasa Kadazandusun sebagai bahasa pengantar mereka.
Murut

Kaum Murut menetap di pedalaman dan kawasan tenggara Sabah serta di wilayah perbatasan antara Kalimantan dan Sarawak. Kebanyakan dari mereka adalah petani yang berpindah, pemburu dan sesetengah menangkap ikan sungai.

Bajau dan kumpulan yang sama


Kaum Bajau dan kumpulan yang sama telah menetap di kawasan pantai Sabah sejak beberapa ratus tahun dan telah diiktiraf sebagai sebahagian dari penduduk asli negeri ini. Mereka bekerja sebagai petani dan nelayan di kawasan pantai barat di samping terkenal sebagai penunggang kuda. Di pantai timur, mereka secara tradisi adalah nelayan.

Kumpulan lain


Kumpulan asli lain yang datang kemudian dan menetap di negeri ini termasuk kaum Suluk, berbagai-bagai kumpulan etnik Filipina selatan, Lundayeh dan Iban dari Sarawak dan Kalimantan, serta yang lain dari rumpun Melayu Indonesia.Walaupun terdapat sesetengah penduduk asli ini masih mengamalkan hidup secara tradisi tetapi ramai daripada mereka telah berkecimpung dalam berbagai-bagai bidang sebagai pekerja kolar putih dan biru, peniaga, kakitangan perkhidmatan awam dan ahli politik.

Kumpulan Bukan Penduduk Asli


Kumpulan bukan penduduk asli yang terbesar di Sabah ialah masyarakat Cina. Mereka telah menetap di Sabah sejak abad yang lalu dan mereka merupakan kumpulan etnik yang terbesar selepas kaum Dusun/Kadazan.


Kumpulan-kumpulan etnik di Sabah dapat dibezakan di antara satu dengan yang lain melalui adat resam dan amalan masing-masing di samping kebudayaan kebendaan khususnya pakaian, bentuk serta penggunaan hiasan diri.


Lambang Sabah

Lambang Negeri Sabah terdiri dari dua bahagian iaitu atas yang berupa dua lengan berwarna kuning sedang menjulang Bendera Negeri yang terletak di atas satu susunan lima warna Negeri iaitu biru zirkon, merah cili, putih, biru salji dan nilakandi. Di bawahnya iaitu tubuh utama lambang ini yang berbentuk sebuah perisai.
Bahagian atas perisai ini tersusun tiga warna Negeri iaitu biru zirkon, putih dan merah cili dalam bentuk V. Bahagian bawah perisai ini terdapat bentuk Gunung Kinabalu berwarna nilakandi yang berlatarbelakangkan warna biru salji. Perisai itu dipangku oleh sehelai skrol berwarna merah yang tertulis dengan cogankata negeri Sabah "Sabah Maju Jaya" berwarna putih.

Dua lengan yang menjulang Bendera Negeri itu melambangkan perpaduan dan kerjasama di kalangan masyarakat berbagai kaum di negeri ini ke arah kemajuan dan kejayaan.

Lima warna yang tersusun itu bermakna lima buah Bahagian Pentadbiran Negeri Sabah. Warna biru zirkon melambangkan keamanan dan ketenteraman, warna putih melambangkan kemurnian dan keadilan. Merah cili melambangkan keberanian dan keyakinan. Biru Salji melambangkan perpaduan dan kemakmuran sementara nilakandi melambangkan kekuatan dan semangat kerjasama.

Bentuk Gunung Kinabalu melambangkan Negeri Sabah.