Saturday, April 21, 2012

Koleksi Resepi- Kek Batik


Salam...dah lama nak post koleksi resepi di blog tercinta ni.tapi tak berkesempatan..kali ini berjaya juga.

Kek Batik- kredit to Srs Feqah

Bahan2
1 buku mentega
1 tin susu pekat
1 cawan milo
½ cawan serbuk koko
4 biji telur
½ kg biskut marie

Cara2
1-Sapukan mentega dalam bekas/loyang (saya guna ‘tupperware’, senang nak simpan)
2-Patah2kan biskut marie
3-Campurkan milo, koko & susu pekat; gaul sebati (dalam bekas; untuk elak berketul2)
4-Lenserkan mentega dalam kuali
5-Tuangkan (3) ke dalam kuali. Kacau
6-Masukkan telur. Kacau hingga hampir kering
7-Masukkan biskut marie. Kacau rata
8-Angkat + masukkan ke dalam bekas
9-Tekan sepadat mungkin. Simpan seketika di dalam peti sejuk sebelum dimakan (sekurang-kurangnya 2 jam)

Kek Batik Feqah (1/2 adunan)
1/2 tin susu pekat
1/2 buku butter
1/2 cwn milo
1/4 cwn serbuk koko
2 'rows' biskut marie (1 peket 350g)
2 biji telur


Tq Kak Feqah for this resepi...:)


No comments:

Post a Comment