Saturday, April 21, 2012

Koleksi Resepi- Puding Roti Coklat


Bahan-bahan:-


Hampir satu bungkus roti Gardenia (suka hati)
1 tin susu cair
gula secukup rasa-sy letak 6 sudu makan
1 sm mentega
secubit garam
1 sk esen vanilla
1 biji telur
1/2 cwn coklat urai-sy tambah coklat chip

Cara-cara:-

1.Roti dicarik2/potong/didadu dan direndam dlm susu cair.
2.Pukul gula dgn telur hingga larut
3.Masukkan mentega,garam dan esen vanilla.

4. Masukkan campuran roti dan susu cair ke dalam adunan tadi.
5. masukkan dlm loyang kukus,taburkan dgn coklat
6.Kukus selama 45 min
7.Setelah masak dan sejuk bolehlah dipotong



Koleksi Resepi- Kek Coklat Mini Kukus


Bahan A
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1 cawan mentega cair
1/2 cawan susu pekat

Bahan B
1 1/4 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
semua bahan diatas di ayak bersama

1 sudu teh esen vanilla
3 biji telur

Cara-cara:-


1. Kacau bhn A atas api yang sederhana
2. Pukul telur hingga kembang
3. Campurkan bhn A yg telah dikacau tadi ke dalam telur yg sudah kembang beserta esen vanila, pukul hingga sebati
4. Akhir sekali masukkan bhn B yg telah diayak bersama-sama, kacau hingga sebati
5. Masukkan ke dalam acuan (tutup dengan aluminium foil untuk elak air jatuh; saya guna tudung periuk je)
6. Kukus selama 15 minit untuk acuan mini & 1 jam untuk versi kek



Koleksi Resepi- Kek Batik


Salam...dah lama nak post koleksi resepi di blog tercinta ni.tapi tak berkesempatan..kali ini berjaya juga.

Kek Batik- kredit to Srs Feqah

Bahan2
1 buku mentega
1 tin susu pekat
1 cawan milo
½ cawan serbuk koko
4 biji telur
½ kg biskut marie

Cara2
1-Sapukan mentega dalam bekas/loyang (saya guna ‘tupperware’, senang nak simpan)
2-Patah2kan biskut marie
3-Campurkan milo, koko & susu pekat; gaul sebati (dalam bekas; untuk elak berketul2)
4-Lenserkan mentega dalam kuali
5-Tuangkan (3) ke dalam kuali. Kacau
6-Masukkan telur. Kacau hingga hampir kering
7-Masukkan biskut marie. Kacau rata
8-Angkat + masukkan ke dalam bekas
9-Tekan sepadat mungkin. Simpan seketika di dalam peti sejuk sebelum dimakan (sekurang-kurangnya 2 jam)

Kek Batik Feqah (1/2 adunan)
1/2 tin susu pekat
1/2 buku butter
1/2 cwn milo
1/4 cwn serbuk koko
2 'rows' biskut marie (1 peket 350g)
2 biji telur


Tq Kak Feqah for this resepi...:)