Tuesday, July 14, 2009

Sekolah Bestari

http://s6.zetaboards.com/DRAGONIZER/topic/760391/1/

Konsep Sekolah Bestari

Setiap kanak-kanak dipercayai berkemampuan untuk belajar. Setiap kanak-kanak boleh mencapai kecemerlangan jika diletakkan harapan yang tinggi terhadap dirinya serta usahanya. Masyarakat dan ibu bapa merupakan pemegang amanah pendidikan dan mempunyai tanggungjawab bersama untuk membangunkan sekolah dan mengembangkan potensi setiap pelajar.

Ciri-ciri sekolah Bestari:

Mengamalkan budaya ilmu dengan pelajar mengutamakan ilmu dalam kehidupannya, mencari, dan menyebarkan ilmu.

Pelajar sentiasa kritis, kreatif, dan berakhlak mulia.

Pelajar berdikari dalam memperoleh pengetahuan.

Belajar mengikut kadar pembelajaran sendiri serta meneroka bidang ilmu yang diminati dengan sendiri.

Teknologi sebagai alat pengupaya, iaitu belajar dengan menggunakan teknologi maklumat.
Menyediakan pelajar yang cekap dalam teknologi maklumat.


Memenuhi potensi ke tahap cemerlang.

Dalam konteks sekolah berkesan, Sekolah Bestari dapat melahirkan pelajar yang mempunyai ciri-ciri berikut:

Berilmu
Berakhlak mulia
Berliterasi IT
Berdaya fikir
Bersifat global


Model Bestari Dalam Strategi Pengajaran dan Pembelajaran
Amalkan pengajaran individu.
Guru sebagai fasilitator dalam proses pembelajaran.
Pembelajaran terarah kendiri, akses kendiri dan mengikut kadar kendiri.
Menggalakkan berfikir secara kritis dan kreatif.
Berpusatkan pelajar.
Konteks global.
Penggunaan Teknologi Maklumat
.

No comments:

Post a Comment