Monday, March 2, 2009

PERMATApintar UKM



Program PERMATApintar UKM telah dirasmikan oleh YABhg. Datin Paduka Seri Rosmah Mansor dalam pukul 11.00 pagi tadi di Bilik Senat, Canselori UKM. UKM dengan kerjasama Jabatan Perdana Menteri, Sekreatriat Permata Negara dan CTY John Hopkins University telah berjaya menubuhkan PERMATApintar.

Tanpa kita sedari, hakikatnya sehingga tahun 2008, Malaysia dianggarkan mempunyai 8.9 juta penduduk dalam kumpulan umur 0-14 thn. Daripada jumlah tersebut , 5% atau 445000 ribu adalah terdiri dari kanak-kanak yang boleh digolongkan sebagai kanak-kanak pintar cerdas dan berbakat. Mereka perlukan perhatian dan perlu dipenuhi keperluan sosio emosi di samping diberi bimbingan dan galakn dari aspek kognitif melalui teknik dan pedagogi pembelajarn yg lebih tkehadapan. Dalam memenuhi keperluan tersebut, struktur program PERMATApintar menyaksikan perlaksanaan dua program perintis iaitu Program Perkhemahan Masa Cuti Sekolah (PPCS) dan Program Pintar Cerdas Berbakat di Universiti(PPCBU).

No comments:

Post a Comment