Saturday, February 28, 2009

Cerita Kematian?

Lokasi: HospitalSeorang yang menghidap penyakit kanser fasa kritikal telah berjumpa dengan seorang doktor. Beliau ingin bertanya mengenai kematian. Sepeti mana kebanyakkan orang yang lain, beliau juga begitu takut dengan kematian. Lebih-lebih lagi kematian itu semakin hampir.
“ Doktor apa pendapat doktor mengenai kematian? Saya takutlah kerana saya merasakan waktu saya hampir tiba,” terang pesakit dengan anda yang sedih.
Doktor tersebut merenung pesakit tersebut. Timbul riak sedih dimukanya. “ Kalau aku pun di tempatnya aku juga turut takut,” guman doctor tersebut. Dia cuba memikir jawapan yang sesuai untuk diberikan. Dia tidak mahu jawapan yang diberikan akan menyinggung perasaan si pesakit. Si pesakit pada saat-saat kritikal ini perlu diberikan sokongan.
Tiba –tiba terdengar bunyi bising di luar. Seakan-akan terdapat hentakan kepada pintu walaupun tidak kuat. Rupa-rupanya berpunca daripada seekor kucing, ia cuba masuk ke bilik doktor tersebut. Apabila pintu itu dibuka, maka berlarilah kucing itu ke arah doktor tersebut. Kucing itu melopat ke arah doktor tersebut yang merupakan tuanya.
Lantas tiba-tiba doktor tersebut mendapat jawapan untuk persoalan ditanya.
“ Lihat kucing ini. Ia tidak pernah pun masuk ke bilik ini. Ini merupakan pengalamannya yang pertama. Tetapi ia tidak kisah. Ia terus masuk dan mendapatkan saya. Ia begitu gembira kerana berjaya berjumpa dengan tuannya. Begitu juga dengan kematian. Saya tidak tahu apa yang akan terjadi selepas kematian. Ia merupakan pengalaman yang baru. Tetapi bagi saya ia tentu mengembirakan kerana saya dapat berjumpa dengan Tuan saya.”

No comments:

Post a Comment