Sunday, March 1, 2009

Tip Pendidik Cemerlang



Di sini saya ingin berkongsi satu buku yang saya kira amat berguna bagi kita semua sebagai bakal pendidik. Buku siri motivasi ini ditulis melalui penyelidikan yang dibuat di 14 buah kolej kediaman dan 15 fakulti di UPM. Terdapat 19 tip menjadi pendidik cemerlang tetapi saya hanya ambil satu untuk dikongsikan di sini iaitu menghormati pelajar. Walau bagaimanapun ramai di kalangan pendidik yang mempersoalkan mengapakah mereka harus menghormati pelajar? Sepatutnya pelajar yang menghormati mereka. Persoalan ini timbul kerana para pendidik bimbang pelajar akan besar kepala dan bersikap kurang ajar jika mereka melakukan sikap ini. Tetapi ada pepatah Melayu mengatakan 'ular yang menyusur akar tidak akan hilang bisanya' bermaksud semakin rendah diri seseorang pendidik maka dia akan lebih dihormati. Menghormati pelajar bukanlah bermaksud pendidik perlu berdiri tegak atau membongkokkan badan sebagai tanda hormat tetapi menghormati pelajar dengan memahami kelakuan dan permasalahan yang dihadapi oleh pelajar, tidak lokek dengan senyuman dan mudah didekati oleh pelajar. Antara tip yang boleh membantu pendidik:
1. Berikan sepenuh perhatian kepada pelajar
2. Selalu sebut nama pelajar ketika berhubung
3. Berterima kasih di atas penglibatan pelajar
4. Hormati pandangan pelajar
5. Lihat mata dan wajah pelajar ketika berbicara
6. Tanamkan perasaan simpati ketika mendengar permasalahan pelajar
7. Menjadi pendengar yang baik

No comments:

Post a Comment